Puteri Gunung Ledang (Hang Tuah & Gusti Puteri)

Saya cuma pernah menonton filem ini sekali sahaja.

Ketika mendapat tiket percuma ke tayangan filem ini di Mid Valley. Saya rasa ina tentu ingat nasib yang menimpa kita setelah balik dari menonton wayang ini di pawagam. Huhuhuhu …. ingat balik terasa sangat kelakar.

Pertama kali menonton filem ini, saya terkagum-kagum melihat skala penggambarannya. Namun, saya menyalahkan penonton dalam panggung yang bising pada ketika itu sehinggakan saya tidak boleh konsentrasi ketika menonton filem ini. Acapkali saya terkenang-kenang, bagaimana sebenarnya jalan cerita Puteri Gunung Ledang?

Jadi pada Sabtu lalu, ketika saya ke Sunway Pyramid semata-mata kerana ingin membeli donut J.Co, saya dan Zaidy singgah ke kedai dvd. Jika saya masuk ke kedai buku dan WAJIB beli buku, Zaidy jika masuk ke kedai dvd, dia dah jatuh HARUS untuk beli DVD.

Lalu saya terpandanglah vcd Puteri Gunung Ledang. Saya mintakan pada Zaidy untuk membelikannya untuk saya.

Setelah seminggu filem yang menjadi buah mulut industri pada ketika itu berada diatas rak tv saya, akhirnya hari ini saya menonton semula filem Puteri Gunung Ledang. Lima tahun selepas ia dilancarkan buat pertama kalinya di pawagam.

Masuk CD pertama, saya sudah dapat menebak punca kenapa saya tidak dapat mengingati jalan cerita Puteri Gunung Ledang ini.

Saya tidak merasakan hubungan emosi bersama dengan Gusti Puteri. Terutamanya jika scene yang bukan bersama Tuah. Cuma apabila masuk ke CD ke 3, barulah saya dapat rasakan – feel CINTA AGUNG Tuah dan Gusti Puteri.

Ini pendapat saya.

Saya lebih dekat dengan persembahan bersahaja Tun Teja yang begitu galak ‘menentang dalam diam’. Hanya dengan bermain ekspresi wajah.

Saya lebih dekat dengan peranan mbok, walaupun sebentar sahaja penampilannya tetapi kasih sayangnya terhadap Gusti Puteri sangat-sangat terlihat dalam setiap tutur kata dan emosi wajahnya.

Saya terkagum-kagum melihat karisma Datuk Bendahara dan protrayal seorang Sultan Melaka oleh Adlin Aman Ramli. Lakonan mantapnya pada filem inilah yang akhirnya mengangkat dia sebagai sangat terkenal dalam industri.

Walaupun saya sudah mengenali Adlin ketika tahi lalatnya masih besar di tulang pipinya ….. ya Encik Adlin. Saya sudah pernah melihat lakonan saudara sebagai seorang psiko yang ingin membunuh seorang DJ hampir 10 tahun yang lalu. Kerana anda seorang pelakon yang hebat, saya ingat persis karektor anda dalam drama itu. JIka perumpaan yang sama boleh saya gunakan disini, saya tidak ingat langsung portrayal beberapa watak Puteri Gunung Ledang dalam filem ini. Not so emotionally hook mungkin?

Saya adakalanya teruja dengan Tuah. Saya sangat suka melihat emosi yang tumpah dari wajahnya ketika dia bersama Gusti Puteri. Mahalnya senyuman seorang Tuah. Boleh saya bilang dengan jari berapa kali saya melihat Tuah senyum dalam filem ini.

Now, saya melihat, Tuah digambarkan sebagai seorang yang .. pendiam … bercakap bila perlu … dan tidak terlalu mesra dengan watak-watak lain kecuali dengan Datuk Bendahara.

Mungkin Tuah sedih dan berada dalam keadaan rindu dendam kerana terpisah dari Gusti Puteri kot? Tak tahulah. Saya pasti research mendalam sudah dilakukan oleh tim skrip sebelum mereka mengolah perwatakan seorang Tuah.

Saya khatam buku Hikayat Hang Tuah ketika saya berada di tingkatan 6 atas. Jangan tanya saya jalan ceritanya. Sudah hampir 15 tahun semenjak saya khatam buku itu. Tetapi saya ingat persis perwatakan Hang Tuah dalam buku Hikayat itu.

Saya jatuh cinta dengan Hang Tuah ini ketika saya berumur 14 tahun. Tentulah melalui filem Hang Tuah yang dilakonkan P. Ramlee.

Semenjak itu, watak Hang Tuah ini, sangat dekat di hati saya. Sehinggalah ketika berada dalam Tingkatan 6, subjek sastera menawarkan kertas ini sebagai antara matapelajaran pilihan.

Kesukaan saya pada Tuah itulah yang mendorong saya khatam buku Hikayat Hang Tuah ini.

Selesai membaca buku itu … Tuah ni … tak lah sebaik mana. huhuhuhu ….

Boleh tahan mulut manis jugalah, kalau boleh saya katakan. Dan dia tu sebenarnya, lebih kurang sama juga dengan Sultannya. Bezanya, Sultan Melaka suka perempuan cantik. Tuah ni tukang ayat perempuan yang Sultan dia suka. The exact portrayal ketika rombongan meminang naik ke Gunung Ledang untuk bertemu Gusti Puteri.

Tuah cuma kata ” tidakkah dinda ingin bertemu kekanda?” dah cair Gusti Puteri – tak jadi nak serang dengan kuasa dalamannya.

Apa pun, saya sangat kagum dengan filem ini. Cuma saya rasa, ianya boleh menjadi lebih baik lagi. Sayang jika bajet yang sudah dikeluarkan untuk filem ini dengan look and feel dan production designnya yang gemilang, sedikit tercela kerana jalan ceritanya tidak terlalu engaging.

Ini pendapat peribad saya, saya tidaklah sepandai mana tentang sejarah Melaka cuma sekadar khatam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Itu pun 15 tahun lalu. Tetapi sebagai seorang pencinta sastera dan sejarah …. dan peminat filem, PGL could have been better. :)

Oklah. Nak tengok cerita Disco Dancer pulak. :)

3 thoughts on “Puteri Gunung Ledang (Hang Tuah & Gusti Puteri)

  1. andai kata saya jadi hang tuah, saya akan suruh kerajaan tukar nama kopi dan balai bomba hang tuah kepada kopi dan balai bomba Gusti Puteri.

    Malangnya orang putih dah amik dulu nama awek saya dan diabadikan dalam world wrestling federation…gusti!

    • hahahahh! but seriously. cerita mmg best. thumbs up. aku baru tgk balik lepas 10tahun released. hahah. n I feel the emotion that I missed 10 years a go. mase tu budak2 lagi. haha.

  2. Pingback: 2010 in review « Aku Mau Menulis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s