1-0. Malaysia 1 – Vietnam 0. Emas untuk Malaysia.
Itu keputusan perlawanan bola sepak yang berlangsung semalam. Riuh dan gegak gempita seketika office FM. Bergegar dengan sorakan. Mengalahkan sorakan penonton di stadium Vientene!!!
Ada 3 sahaja sukan yang sangat saya minati dan membuatkan saya teruja untuk menontonnya. Badminton. Bola sepak dan Renang. Selebihnya saya tengok jika saya rasa nak tengok. Tapi saya tak akan tunggu atau ternanti-nanti.
Namun itu kisah 10 tahun lalu. Sekarang, saya bukanlah peminat sukan yang setia.
Terus terang, saya sudah tidak pernah mengikuti perkembangan bola sepak negara semenjak tahun 2003. Kali terakhir saya menonton perlawanan bola sepak adalah Final Piala Malaysia ketika Sabah menentang entah sapa tah tapi kelab lah … Sabah tumpas! Semenjak itu – saya sudah tidak fanatik lagi.
Bola Sepak bagi saya bukanlah satu perkara yang baru. Waktu membesar saya banyak dihabiskan dipadang bola. Jangan salah anggap, bukan saya yang main bola, tapi 3 orang pakcik saya yang memang pemain bola. Saya terjebak sama kerana mendiang Opa selalu membawa saya ke padang. Baik ketika latihan ataupun ketika perlawanan. Jadinya saya sudah tahu posisi striker, midfield dan defense ketika saya belum masuk darjah satu lagi. Saya sudah tahu apa itu offside, layangan kad kuning dan merah, outside, sepakan sudut, dan pelbagai terma bola sepak yang lainnya sebelum saya beranjak ke darjah 3.
Apa yang buat saya teruja menonton bola pada waktu kecil adalah – saya cukup suka bila melihat pakcik saya Nandez dan Nyong dapat melakukan jaringan. Paling seronok tentulah bila ada pergaduhan di padang. Pakcik saya Nandez sangat pantang bila ada orang yang mengasari adiknya. Habislah orang tu digaduhnya kat situ juga. Selalunya – tak ada lah yang berani melawan. Kerana pakcik saya ni bukan sahaja hebat atas padang, tapi hebat juga diluar padang. Siapa-siapa yang kenal pakcik saya, tahu persis lah perangai barannya itu.
Antara tiga orang pakcik ini, Nandez, Welson dan Nyong – masing masing adalah striker, defense, midfielder. Asalnya Nyong adalah seorang striker – dididik sendiri oleh abangnya. Tapi kemudiannya, ketika usianya sudah semakin dewasa, dia lebih selesa duduk di posisi midfield. Ketiga-tiga pakcik saya ini melalui transformasi bola sepak yang berbeza-beza. Ketika Nandez berada dizaman kemuncaknya, Piala Malaysia belum ada liga seperti sekarang. Perlawanan akan diadakan dalam peringkat kumpulan, dan kemudian suku akhir, separuh akhir dan akhir. Jadinya setiap kali Piala Malaysia diadakan, Nadez akan berpergian sehingga 3 minggu lamanya. Pakcik saya ini seangkatan dengan James Wong dan Hassan Sani ketika berada dalam skuad pasukan Sabah.
Welson, walaupun minat main bola, tidaklah seghairah abang dan adiknya. Tapi pernahlah juga dia mewakili Sabah dalam Pesta Sukan Merdeka.
Pakcik yang ketiga, Nyong, merupakan yang paling berbakat sekali diantara ketiga-tiga mereka. Dia merupakan midfielder pasukan Sabah pada tahun-tahun 1992-1993. Namun, sebaik sahaja season Semi Pro (pada ketika itu) bermula, dia mengalami kecederaan otot paha yang serius dan terpaksa digugurkan dari skuad Sabah. Pada ketika itu, dia sezaman dengan Matlan Marjan. Kecederaan itu juga membuatkan dia tidak lagi dapat bermain secara serius hingga ke hari ini. Saya ingat lagi betapa kecewanya dia ketika dia dapat tahu bahawa dia tidak boleh lagi bermain bola. Saya juga ikut menangis. Dia adalah pemain bola sepak yang paling saya minati dalam dunia.
Atas pengaruh ketiga-tiga pakcik ini, saya sangat meminati bola sepak. Khususnya skuad Sabah dalam Semi Pro dan kemudiannya Liga Perdana. Setiap kali ada perlawanan di Stadium Likas, berbondong-bondonglah kami yang tinggal di Sandakan ini menuju ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan perlawanan. Kalau lawan di Semenanjung dan ada live di RTM, memang tak mahu keluar rumah. Sanggup tunggu depan TV. Beramai-ramai satu keluarga – macam menonton filem gamaknya.
Kalah atau menang skuad Sabah pada masa tu bukanlah satu keutamaan. Yang penting – sokongan yang diberikan. Pada waktu itu, rasanya saya ingat semua pemain Sabah – termasuk pemain simpanan – dan nombor jersi mereka sekali!!! Ya, saya sangat meminati skuad bolasepak Sabah.
Dalam masa yang sama, saya juga sangat meminati Liverpool dan Manchester United. Sehinggakan sanggup tunggu siaran LIVE pepagi buta semata-mata nak tengok David James dan David Beckham. huhuhuhuhu …. dan semenjak World Cup Germany 1986, saya tidak pernah miss tengok Worldcup. Termiss pada tahun 2006 – itupun kerana saya dapat tugasan luar negara ke Pakistan/Afghanistan. Worldcup yang paling istimewa bagi saya adalah USA 90′. Sebabnya, saya jatuh cinta pada Dino Bagio dan Paolo Maldini. huhuhuhuhuhu ….. tapi saya tengok bola juga. Bukan lah semata-mata tengok kehandsomeman pemain-pemain bola ini.
Jadinya, bila semalam Malaysia dan Vietnam bertemu di Final Sukan Sea, sedikit sebanyak saya ikut teruja. Namun saya tak menyangka saya sangat-sangat teruja sampai terlonjak-lonjak dan menjerit gembira ketika Malaysia mendahului 1-0. Ianya membawa saya kembali ke zaman saya masih meminati bola sepak. Begitu persis dengan apa yang saya rasakan semalam.
Saya tak kenal pun siapa line up dalam pasukan Malaysia, kecuali dua budak kembar yang handsome itu. Salah satunya adalah suami kepada Rita Rudaini. Nama pemain bola sepak Malaysia yang terakhir saya kenal adalah Khalid Jamlus. But when was the last time he played for Malaysia? Anybody can tell me that?
Daripada seorang yang hidupnya bergelumang dengan bola ( teringat dengan iklan Coca Cola – makan bola, tidur bola, minum coca cola – macam tu lah saya dulu) – kini saya tidak tahu satu apa pun tentang senario bola tanah air. Jangankan tanah air- siapa pemain bola Sabah sekarang ni pun saya tak tahu.
Kenapa agaknya? ENTAH. itu jawapan ikhlas dari saya.
Apapun, saya tidaklah bercita-cita untuk kembali mengikuti perkembangan bola sepak Sabah ataupun tanahair ataupun EPL. Saya sudah tidak ke arah itu. Dah terlalu perempuan dan terlalu sibuk untuk ambil tahu apa yang terjadi pada bola sepak dunia ini. Kecuali Piala Dunia, saya tak ralat sangat dengan keputusan-keputusan bola sepak dan apa juga aktiviti sukan yang terjadi di bumi Malaysia ini (pesimis sangat kan?)
Tapi, saya nak ucapkan TAHNIAH pada skuad bola sepak negara. Dan terima kasih, kerana membawa saya semula kepada kegembiraan yang pernah saya rasakan ketika menonton bola. It was amazing. Pure joy!
Paling manis – bila upacara penyampaian hadiah, saya, abang Man Kolam, abang Ayie, Adam, Chris dan beberapa krew lain, berdiri tegak sambil menyanyikan lagu negara ku dengan rasa bangga. Saya jadi teringat pesan guru disiplin saya masa sekolah rendah – kalau nyanyi lagu kebangsaan, tidak boleh bergerak-gerak, kena berdiri tegak.
dah lama tak nyanyi lagu kebangsaan – rasa macam perhimpunan sekolah pun ada.
Sekali lagi, TAHNIAH MALAYSIA!!! ternyata – jika kita memang bersungguh dan mampu mengasingkan kepentingan peribadi – KEJAYAAN PASTI MILIK KITA.
Viva Malaysia!!!
weld Said:
on January 3, 2010 at 6:50 am
sy suka sgt apa y kak tulis dlm artikel ni mbuatkan sy tharu,spt jg kak sy pun pminat time kecil2 dlu terutama bola sepak pasukan sabah 90an(skg umur sy 22thn), spt kak thn 2004 sda mula sy xbminat tgk bola sejak sabah tumpas pada psukan selangor final FA(lepas final tu pasukan sabah makin merudum). Smpi skrg pun pemain sabah pn tdk kenal tp sy lebih kp cerita bola luar negara spt EPL n LA LIGA.
Klu dkenang masa lalu(skul rendah)sy sgt mengenali pemain2 Sabah spt Matlan Marjan, Suharmin Yusof,Henry Anjun,Hassan Sani, James Wong, Peter Rajah,Austin Orou,Jekerison Kilan,dsb. Rasanya smgt sy bsama bola sepak sabah muncul smula bila pasukan sabah mbuktikan kmampuan, kbgkitan n bagi saingan pasukan negeri2 lain(smpi skg sy tertunggu2 kebangkitan mereka).
Utk pasukan Malaysia pula sy berbangga n ucapkan tahniah n harap prestasi itu akan dikekalkn pd masa akn datang. Harp jg akan ada pemain dr sabah muncul selepas Matlan Marjan menyerlah biarpu kalah pd England B, 1991. Skrg pun kecewa jg pmain dr sabah/swk sorg pn tiada dlm pasukan Malaysia setakat ni. Apapun harapan itu pasti akan dibalas dgn kenyataan..MALAYSIA BOLEH, SABAH PUN BOLEH BAH!
weld Said:
on January 3, 2010 at 6:53 am
cerita ENGLAND B bapa y cerita masa 2..
jesselane Said:
on January 3, 2010 at 4:44 pm
AKU dan Piala Dunia « Aku Mau Menulis Said:
on June 18, 2010 at 3:10 am
[...] klik sini… [...]
2010 in review « Aku Mau Menulis Said:
on January 2, 2011 at 7:31 am
[...] Saya dan Bola Sepak!!! December 20094 comments 5 [...]