Dayang Noraini

Siapa dia? Kalau Dayang Nurfaezah memanglah dikenali … tapi Dayang Noraini???

Dua tiga hari lalu, ketika lepak di sebuah kedai mamak di Glenmarie, kebetulan TV pula sedang siaran Muzik-Muzik. Dok terdengarlah seorang penyanyi perempuan ni menyanyi lagu Kelawar. I mean … come on … KELAWAR??? then pusing lah tengok dia perform. Mak ai .. dengan very short tight pants yang dipakai dengan legging hitam … seriously? dah tak ada style yang lebih bagus kah? Then keep on tengok lagi wajah penyanyinya. Macam familiar …. then baru sahaja nama Dayang tercetus di kotak fikiran, super nama pun keluar “DAYANG NORAINI – KELAWAR OH KELAWAR” oh …. jadi dia sudah kembali ke mainstream …. (tapi hati tetap juga tak puas hati dengan baju dan juga tajuk lagunya itu).

Namun mengenang Dayang Noraini cukup membawa ingatan kembali kepada sebuah program pertandingan nyanyian yang sangat popular satu ketika dahulu : Sinaran Passport Kegemilangan.

Dayang Noraini merupakan pemenang / juara bagi program ini. Tapi season yang ke berapa … tak pasti pulak. Cumanya pusingan akhir pertandingan ini, hampir semua peserta akhirnya adalah wanita.

Dipendekkan cerita, Dayang Noraini kekal dalam ingatan saya bukan kerana dia berasal dari Sabah. Tetapi kerana suaranya yang memang sangat power dan fenomena yang dicetuskannya ketika beliau menyampaikan lagu akhirnya di Finale SPK.

Bagi yang masih ingat, tentulah tak akan lupa dengan pukauan suaranya mendendangkan lagu Menghitung Hari. Malah, maaf cakap, kerana Dayang Noraini lah lagu itu menjadi sangat popular di Malaysia dan kerana Dayang Noraini mendendangkan lagu itu lah … Malaysia mula membuka mata mengenali Kris Dayanti yang sebelum ini hanya dikenali oleh segelintir peminat Asia Bagus.

Sehingga kini … masih terasa magis yang dibawa oleh Dayang Noraini ketika finale itu dan alunan Menghitung Hari versinya ….

Kris Dayanti, kalau kamu baca ini, say thank you to Dayang Noraini yah …. :)

]

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.