Snippets Hati… Hujung Minggu

Banyak sebenarnya yang ingin dicoretkan.
Tapi seperti biasa – MALAS.

Hujung minggu lalu, saya ke Kuala Terengganu. 7 tahun lalu adalah jarak masa semenjak kunjungan terakhir saya. Tugasan terakhir di Kuala Terengganu adalah bersama dengan Akok – rasanya cover pasal seorang guru pencen.

Hujung minggu lalu, saya pergi atas tiket Solehah. Menjadi ketua rombongan untuk uji bakat yang berlangsung di UNISZA. Sambutannya biasa-biasa saja. Tidak ada yang memberi teruja.

Hujung minggu lalu juga, sahabat merangkap abang angkat saya, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim, melangsungkan pernikahannya.
Saya sebak sebenarnya. Sebak kerana saya seharusnya hadir disana sebagai keluarga. Tetapi dek kerana terikat dengan tugas, saya hanya mampu hadir sebagai tetamu.

Hujung minggu lalu, bila saya lihat Abe bersanding bersama isteri, saya hampir menitikkan air mata. Bukanlah kerana saya sedih atau patah hati, kerana akhirnya Abe bertemu jodoh. Abe saya dah kahwin. Dan ada yang menjaganya. Makan minumnya. Sakit peningnya. Saya sangat gembira. Dan saya doakan, jodohnya kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Bila kembali ke office selepas hujung minggu yang berlalu di Kuala Terengganu, saya bergegas pulang ke Kuala Lumpur bersama Adik, Ina & Amin. Gara-gara Makcik saya baru sampai dari Sandakan. Dan sampai rumah, ingat nak ke LCCT, rupanya Fireflyz landing kat KLIA. Erghhh… mata dah barai habis dah nih….

Hujung minggu ini seharusnya ada di Kuantan. Tapi memandangkan Nora & Ustaz Syed dah ada, jadinya saya memohon dikecualikan.

Lagipun hujung minggu ini BERSIH. Takut pulak apa-apa jadi, family kat rumah tak tau nak bertindak sendiri.

Hujung minggu ini banyak kawan-kawan yang tidur office. Sebab takut lambat sampai kerana BERSIH punya pasal.

Hampir hujung minggu ini aku bagai ingin meletup!!! – seorang SASTERAWAN yang aku SANJUNG diperbudakkan oleh orang-orang yang tak tahu adab!

Hujung minggu ini, aku ingin buat puisi. tapi tentang apa … aku tunggu hingga akhir hujung minggu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.