Saya ini perantau. Datang ke ibukota mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Saya bukanlah orang pandai, biasa-biasa saja dalam setiap pencapaian hidup saya. Saya ini bukan pro kerajaan. Bukan juga pro pembangkang. Saya ini tidak pernah mengundi seumur hidup saya, kerana daftar undi saya jauh nun di Sandakan. Dan ketika pilihanraya, selalunya saya bertugas. Saya hanya seorang wartawan marhaen. Yang diberikan kepercayaan untuk jadi Penerbit program. Saya tidak tahu banyak tentang politik. Tetapi saya lebih cenderung mendengar keluhan rakyat. Saya tahu, banyak yang tidak sempurna dalam kerajaan. Saya juga tahu, lebih banyak yang tidak beres dalam parti pembangkang. Politik adalah politik. Tidak perlu kaitkan politik dengan agama atau bangsa. Kalau tidak puas hati pada kerajaan, tunjukkan pada pilihanraya akan datang. Dulu, masa tidak puas hati pada Pak Lah, kerajaan telah terima padahnya. Ketika pilihanraya, 5 negeri hilang dari tangan. Dan Pak Lah pun berundur. Itu KUASA RAKYAT. DEMOKRAS BENAR BENAR TELAH BERSUARA. Benar, pemimpin adalah cermin kepada kerajaan. Jika ada yang tidak beres dengan pemimpin, maka adalah juga yang tidak beres pada kerajaan. Makanya, cermin jugalah pemimpin yang dihaluan satu lagi. Beres atau tidak untuk memimpin negara ini? Saya percaya, bahawa suara rakyat harus didengar. Namun saya tidak percaya dengan suara yang bergegak gempita di jalanan, bagaikan kita ini hidup sangat tersiksa di Malaysia. Sekali lagi, saya tidak pro mana-mana. Semenjak Mahathir berundur dari menjadi Perdana Menteri, semenjak Anwar Ibrahim sudah tidak lagi memiliki keperibadian yang pernah saya sanjungi, saya sudah tidak peduli siapa yang perlu memimpin kerajaan ini. Tetapi tidak bermakna saya tidak sayang negara saya. Tidak bermakna saya tidak peduli apa yang bakal berlaku pada negara saya. Tidak menyokong kerajaan tidak menjadikan saya less patriotic. Tidak menyokong politik tidak menjadikan saya less Malaysian. Saya percaya pada kebebasan memilih kerajaan. Kebebasan bersuara. Kebebasan berdemokrasi. Tapi saya tidak percaya pada suara jalanan. Kerana ianya lebih membawa kepada kerugian. Tidak membawa manfaat. Tidak mencerminkan kematangan. IYA, gegak gempitanya bergema … tetapi at what cost? Calar balar yang terguris di dada Kuala Lumpur pada 9/7 ini, siapa yang mendengar tangisannya?
Tua tidak bererti matang.
Banyak ilmu tidak bererti bijak.
Emosional tidak bererti salah.
Pandai bersuara tidak bererti petah.
x x x – berada ditengah-tengah ertinya apa? bukan ke kiri kan? harus ditengah!
Bersih 2.0 dilakukan atas tiket apa? Dan untuk apa? Atas keadilan apa? Mencari demokrasi yang macam mana?
SAYA BERSETUJU DENGAN SEMUA YANG DI TUNTUT. 8 PERKARA ITU, SAYA SETUJU SEMUANYA.
Tetapi saya tidak setuju membawanya di jalanan. Negara ini bukan Tunisia. Negara ini bukan Mesir. Jauh sekali bukan Libya. Negara ini bukan Greece yang bangkrut. Negara ini bukan Sepanyol yang hampir muflis. INI MALAYSIA.
Demokrasi perlu mengikut acuan yang mencermin budaya dan sejarah tempatan.
Kita bukan Amerika.
Kita bukan Britain.
Ini Malaysia.
Kuala Lumpur menangis. Kuala Lumpur rabak dalam luka. Mungkin darahnya boleh kelihatan dalam deras alir Sungai Klang yang bertemu Sungai Gombak di Masjid Jamek.
Saya sedih. Sungguh saya sedih. Saya bukan orang pandai. Saya bukan orang akademik. Saya tidak tahu berhujah. Saya tahu saya emosional, tapi saya sedih melihat gegak gempita berlaku di jalanan. Saya sedih melihat pihak berkuasa menggunakan kuasa air dan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan. Saya sedih melihat saudara-saudara saya ditangkap dan diheret ke dalam kenderaan polis, saya sedih melihat itu semua … saya sedih melihat teman-teman yang menjunjung kuning yang saya sendiri pun tak tahu apa signifikannya…. ya … mungkin saya tidak tahu apa yang tujuannya ..tapi suara jalanan ini mencalar wajah negara saya. Pasti ada cara lain. Pasti ada … tidak perlu sehingga begini jadinya.
Semoga keadilan akan terpancar. Semoga suara sebenar rakyat akan didengar. Bila satu hari nanti penyatuan kita benar-benar diperlukan, saya sangat berharap – gempita itu akan terulang. Tapi biarlah untuk satu perjuangan yang lebih bermakna … perjuangan yang mempertahankan negara.
Kuala Lumpur … aku tidak tahu bagaimana mengesat air mata mu. Tetapi tenanglah. Badai ini pasti berlalu.
ujang Said:
on August 30, 2011 at 12:17 pm
itulah kalau pedoman hidup yg ditunjukan sang pencipta sudah tidak diindahkan lagi.Product manusia yg namanya demokrasi tidaklah sempurna.Yang sempurna hanyalah yang datang dari Allah, yang dibawa oleh Rasulullaah Muhamad Saw. Sampai kapanpun demokrasi akan gagal karena tidak menjadikan Allah dan hukum Allah sebagai dasar dlm mengatur kehidupan keluarga dan negara.Kita hanya berharap akan datangnya janji Allah dengan diturunkannya Al mahdi.Sekalipun kita tidak tahu kapan datangnya.Tetapi mengasah diri untuk senantiasa mengharap datangnya seseorang yang akan membimbing umat ini kepada system yang diridloi Allah SWT.Sampai kapanpun demokrasi hanya sebuah fatamorgana.